Kelebihan aplikasi ehailing Bolt Malaysia kepada pemandu

Bolt Malaysia telah dilancarkan dan pendaftaran pemandu baru aplikasi Bolt Malaysia sedang rancak di jalankan secara online dan offline. Pemandu baru Bolt mesti mempunyai dokumen pendaftaran Bolt yang lengkap mengikut syarat-syarat APAD dan juga melepasi syarat-syarat mendaftar pemandu Bolt di Malaysia. 


Paparan di dalam aplikasi pemandu Bolt.



Bolt yang telah beroperasi di lebih 600 bandar seluruh dunia telah mengambil langkah bijak dengan membuka operasi di Malaysia kerana pasaran Malaysia sangat baik bagi syarikat ehailing. Bolt yang berasal dari Eropah telah mempunyai pengalaman yang luas di dalam aktiviti ehailing dan dijangka mencadi top 3 ehailing di Malaysia.

Apakah kelebihan aplikasi ehailing yang Bolt tawarkan untuk pasaran Malaysia?

Kelebihan aplikasi Bolt Malaysia

Aplikasi ehailing Bolt mempunyai banyak kelebihan yang menjadikannya pesaing kuat industri ehailing.

1. Jarak pick up boleh set oleh pemandu

Pemandu Bolt boleh memilih atau set sediri jarak pick up. Jarak pick up penting kerana melibatkan masa dan kos bagi pemandu Bolt. Selain itu ialah masa menunggu oleh penumpang juga bergantung kepada jarak pick up aplikasi Bolt. Pemandu Bolt boleh tetapkan jarak pick up mengikut keselesaan masing-masing. Boleh set dari 1km ke 40 km. Biasanya dicadangakn kan set radius 2-3 km sahaja.

 
  


2. Tiada auto accept paksaan

Tiada paksaan untuk menerima job. Pemandu bebas untuk engambil mana-mana job yang ada di dalam app. Tiada paksaan oleh aplikasi Bolt untuk memaksa ambil mana-mana job. Pemandu sendiri yang tentukan. Kalau tak nak job itu, boleh skip sahaja.



3. Tambang berbaloi

Tambang yang di setkan di dalam aplikasi Bolt berbaloi untuk pemandu iaitu min rm1 per 1 km. Ini yang pemandu Bolt mahukan. Pemandu sangat tidak suka jika tambang terlalu rendah walaupun app cuba menarik penumpang yang ramai. Contoh, untuk job ke KLIA, tambang melebihi rm60.




4. Pemandu tiada tekanan 

Pemandu bebas untuk online dan offline aplikasi Bolt mengikut masa masing-masing. Tiada paksaan yang dikenakan. Bebas. Pemandu boleh memandu dengan tenang, tak perlu risau aplikasi akan di sekat.

5. Ada q airport

Ini sangat penting kepada driver di kawasan airport. Driver Bolt akan di berikan no q supaya mereka boleh mendapat job dari airport. Tak perlu berebut-rebut. Hanya masuk di kawasan menunggu airport dan dapat no q di dalam aoo Bolt Malaysia.




6. Komisen rendah

Komisen Bolt Malaysia rendah berbanding peneraju ehailing Malaysia iaitu di bawah 20%. Ini penting supaya pemandu mendapat untung yang lebih. Komisen Bolt telah di tetapkan pada 15% sahaja. Untuk rekod, komisen Grab 20% dan komisen Indrive hampir 10%. Bolt berada di tengah-tengah dari segi komisen untuk aplikasi.

7. Promosi percuma rm250 topup

Pemandu baru yang mendaftar minggu ini melalui link pendaftaran Bolt online akan menerima percuma top up wallet sebanyak rm250. Jadi apabila aplikasi Bolt di aktifkan, pemandu ehailing Bolt tidak perlu topup wallet untuk menerima job. Ini adil kerana app baru beroperasi, bilangan job belum banyak. Jadi pemandu tidak rugi.

8. App Bolt tak perlu topup

App Bolt tak perlu top up! tapi job tetap masuk. Tidak seperti app ehailing yang lain, selepas daftar bolt driver, app Bolt tak perlu topup untuk menerima job. 

Walaupun tidak topup app, job masih boleh masuk. Komisen app akan di ambil dari bayaran pemandu yang menggunakan online payment. Jadi pemandu Bolt tak perlukan modal untuk menggunakan app ehailing Bolt.



9. Percuma tambahan bonus setiap job

Pemandu baru juga akan menerima tambahan bonus untuk setiap job yang dambil. Ini untuk mengalakkan pemandu menerima job sebanyak mungkin untuk menambahkan pendapatan mereka. Ini adalah promosi semasa Promosi boleh beru-ubah.


10. Heatmap

Di dalam aplikasi Bolt, ada pilihan untuk paparan heatmap - di mana lokasi yang mempunyai banyak job akan di tandakan warna merah. Lagi terang warna merah, lagi banyak job di kawasan tersebut. Tetapi bilangan job ini hanya sementara, bukan selamanya banyak job. Driver Bolt yang berdekatan boleh memasukki kawasan yang di tanda banyak job di dalam heatmap. Driver yang jauh, tidak di cadangkan memasukki kawasan heatmap kerana heatmap boleh bertukar setiap masa.



11. Set destinasi 3 kali

Bolt Malaysia membenarkan pemandu berdaftar dengan app Bolt untuk set destinasi sebanyak 3 kali sehari! Driver Bolt boleh set destinsi ke airport dan juga kekawasan lain seperli alamat rumah. Ada aplikasi ehailing lain hanya membenarkan 2 kali sahaja set destinasi. Set destinasi berguna terutamanya jikan oemandu Bolt hendak baik ke rumah kerana pemandu akan mendapat job ke arah ruamah sahaja. Mungkin 2 ke 3 job sebelum sampai ke rumah. Ini membantu pemandu Bolt supaya tidak pulang ke rumah dengan kereta kosong.



12. Tambah lebih dari satu kereta

Jika pemandu yang mendaftar Bolt ada lebih dari satu kereta, pemandu boleh menambah kereta di dalam aplikasi Bolt. Jadi pemandu boleh tukar-tukar kereta semasa bekerja. Harus di ingat, evp setiap kereta berbeza. Jadi setiap kereta mestu melalui proses pendaftaran info kereta seperti kereta pertama.



13. Ada High Fare

Harga tambang Bolt akan berubah-ubah mengikut keadaan. Di dalam app akan di tunjukkan high fare jika permintaan tinggi terutamanya jika trafik tinggi di sebabkan hujan, peak hour dan sebagainya. Pemandu boleh melihat tambang telah di tandakan sebagai 1.2x, 1.4x dan sebagainya,



Kumpulan pemandu Bolt

Terdapat beberapa kumpulan pemandu Bolt di Malaysia. Kumpulan pemandu Bolt yang paling popular ialah kumpulan facebook Bolt Malaysia.

Group utama pemandu Bolt Malaysia di mana info terkini akan dikongsikan.


Anda boleh join kumpulan tersebut untuk mendapat info terkini tentang Bolt Malaysia.



Comments

  1. Maklumat yg sahih

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak tukar no akuan bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. chat dengan custoner service melalui aplikasi bolt

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syarat Daftar Driver Bolt Malaysia

Daftar Aplikasi Bolt Online - Dokumen Register Bolt