Daftar Aplikasi Bolt Online - Dokumen Register Bolt
Di Malaysia, app e hailing Bolt baru dilancarkan.Cara pendaftaran Bolt berjalan lancar di mana semua pemandu ehailing layak daftar Bolt jika mempunyai dokumen pendaftaran Bolt mencukupi.Yang penting mesti ada lesen psv yang sah dan insuran ehailing tahunan ehailing. Dokumen pendaftaran pemandu Bolt sama sahaja dengan applikasi yang lain.
Untuk mendaftar driver Bolt, syarikat Bolt juga kena mengikut arahan APAD iaitu dengan ada dokumen pendaftaran yang mencukupi. Ini bukan kehendak syarikat Bolt tetapi adalah arahan kerajaan. Semua syarikat ehailing kena patuhi arahan dokumen pendaftaran Bolt dan syarat daftar aplikasi Bolt ini.
Dokumen daftar Bolt
Apakah dokumen untuk daftar Bolt Malaysia?
Dokumen pendaftaran mesti mematuhi arahan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bukan sahaja Bolt tetapi semua ehailing lain kena ikuti bukan sahaja Bolt.
Di bawah di senaraikan dokumen untuk daftar Bolt:
Insuran ehailing tahunan
Pemandu perlukan insuran ehailing tahunan ( hanya Grab yang terima daily insuran).
Jika tiada insuran ehailing, anda boleh buat dengan agensi/ejen insuran sedia ada (tak boleh buat dengan ejen lain). Cakap dengan ejen, nak tambah insuran ehailing (seperti tambah insuran cermin).
Bila2 masa boleh tambah ehailing, tak perlu tunggu insuran due.
Kos untuk tambah insuran yang cover ehailing lebih kurang 30% dari insuran sedia ada.
Jika insuran sedia ada tak sediakan ehailing (contoh etiqa), anda surrender etiqa dan buat insuran syarikat lain (seperti zurich). Anda akan dapat duit balik dari etiqa.
Lesen PSV
Lesen psv adalah wajib. Ini arahan kerajaan. Jadi pemandu Indrive perlu buat dan ada psv, Untuk dapatkan lesen psv, boleh baca panduan cara buat lesen psv yang telah saya sediakan.
Dokumen lain
Ic, lesen memandu, gambar selfie
Dokumen kereta
Geran, insuran kereta yang ada add on ehailing, gambar kereta.
Kumpulan sokongan Pemandu Bolt
Bolt mempunyai kumpulan sokongan di semua channel. Sila sertai kumpulan sokongan Bolt Malaysia di fb, ini ialah kumpulan terbesar pengumpulan pemandu-pemandu Bolt di Malaysia.
Anda boleh dapatkan info dan panduan mengenai Bolt. Anda juga di sajikan dengan pengalaman pemandu Bolt untuk panduan anda.
Macam mana nak tukar no akuan salah nombor c
ReplyDelete