Lesen PSV Pendaftaran Bolt Ehailing Malaysia - Public Service Vehicle
Pendaftaran pemandu ehailing Bolt Malaysia memerlukan lesen PSV (public service vehicle). Lesen PSV ialah lesen supaya pemandu Bolt app ehailing boleh membawa penumpang. Dengan adanya lesen psv, pemandu Bolt layak untuk mendaftar sebagai driver Bolt seperti Grab, Indrive, Maxim dan Airasia. Semua syarikat ehailing memerlukan lesen PSV yang sama sahaja - satu lesen psv untuk semua app termasuk juga untuk mendaftar pemandu Bolt di Malaysia di samping syarat pendaftaran pemandu aplikasi Bolt yang lain.
Semasa pendaftaran pemandu Bolt, bakal pemandu memerlukan lesen psv untuk lulus pendaftaran. Jika tiada lesen psv, maka pendaftaran Bolt akan pending hinggalah ada lesen psv seperti yang disyaratkan oleh kerajaan - APAD. Terdapat juga syarat dokumen daftar driver Bolt yang lain.
Cara buat lesen PSV
Ada beberapa cara untuk buat lesen psv Bolt ni. Cuma pemandu akan cari cari yang termurah.
Pemandu kena cari-cari cara buat lesen psv termurah.
Secara umumnya, lesen psv ni boleh di buat melalui sekolah memandu di seluruh Malaysia. Anda boleh call mana-mana sekolah memandu yang terdekat bertanyakan lesen psv ni.
Ada juga syarikat ehailing sendiri yang menyediakan kelas untuk buat psv ni:
Lesen psv Bolt
Bolt ada sediakan kelas psv ni kepada bakal pemandu. Harganya 30% lebih murah daripada harga pasaran dan kelas psv di adakan untuk pemandu semenanjung sahaja. Pemandu-pemandu Bolt di lain-lain negeri boleh buat lesen psv di sekolah memandu berdekatan, dengan kos antara rm200 bergantung kepada sekolah memandu mana yang anda buat. Jom daftar lesen psv untuk memandu Bolt.
Kandungan Kelas PSV Bolt
Apa yang di ajar di kelas psv ni? Oh ya, kelas psv ialah selama 6 jam. Semasa kelas psv ni, anda akan di ajar tentang peraturan untuk membawa penumpang. Anda juga di beritahu lokasi-lokasi menarik untuk bawa penumpang (untuk pelancong).
Kelas psv juga mengajar pemandu cara-cara untuk melayan penumpang. Kelas psv di pantau oleh JPJ. Apa yang di ajar di kelas psv sangat berguna untuk pemandu ehailing.
Peperiksaan lesen PSV Bolt
Selepas kelas psv 6 jam, kalau dulu pemandu perlu menjalani peperiksaan lesen psv. Sekarang anda bertuah kerana tiada lagi peperiksaan untuk lesen psv. Selepas kelas psv, pemandu boleh terus mendapatkan lesen fizikal psv di kaunter JPJ. Sangat mudah untuk mendapatkan lesen psv kerana anda hanya perlu hadir kelas teori 6 jam sahaja. Kehadiran tu yang penting. Tiada soal jawab yang di adakan di dalam kelas. Anda hanya perlu hadir sahaja.
Dapatkan lesen PSV di kaunter JPJ
Selepas siap kelas teori 6 jam psv, anda kena buat medical check up di klinik kerajaan atau swasta. Anda kena bawa borang BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL JPJ L8A untuk di isi oleh doktor.
Selain itu, anda juga kena sediakan gambar untuk buat lesen psv. Anda boleh buat di kedai gambar. Gambar berlatar belakang putih dan bersaiz 25mm x 32mm.
Kumpulan sokongan lesen PSV
Setelah selesai mendapat info mengenai cara buat lesen psv Bolt app, anda boleh menyertai kumpulan sokongan PSV untuk membuat lesen psv app Bolt. Anda boleh bertanya soalan tentang psv dan juga berkongsi tentang psv kepada rakan-rakan pemandu lain.
Comments
Post a Comment