Cara daftar aplikasi ehailing Bolt Malaysia

Syarikat ehailing Bolt telah membuka pendaftaran pemandu aplikasi ehailing Bolt di Malaysia. Aplikasi boleh mempunyai banyak kelebihan untuk pemandu Bolt yang mencari-cari ehailing yang sesuai dengan mereka. Bolt bakal memberikan apa yang driver mahukan dengan ciri-ciri aplikasi yang telah berjaya di lebih dari 600 bandar.

APAD telah meletakkan garis panduan untuk dipatuhi oleh syarikat ehailing. Syarat pendaftaran pemandu Bolt dan juga dokumen-dokumen untuk mendaftar Bolt harus dipatuhi termasuklah mempunyai lesen psv. Pemandu-pemandu ehailing lain boleh mendaftar sebagai pemandu Bolt secara online dan offline untuk menjadi pemandu yang terawal.

Cara daftar pemandu Bolt Malaysia

Bagaimanakah cara untuk mendaftar pemandu aplikasi Bolt di Malaysia?

1. Sila download aplikasi Bolt Malaysia

Download aplikasi Bolt (Klik sini)

2. Isi info yang diminta.

3. Beri dokumen yang diperlukan (jika belum ada dokumen, boleh isi apa-apa dokumen dahulu nanti update kemudian)

4. Dan hantar permohonan



5. Dalam masa 1 hari, anda akan terima email dan sms menyatakan permohonan anda berjaya!



6. Klik link dalam email untuk menetapkan password aplikasi Bolt.

7. Buka app Bolt dan anda sudah boleh memandu.

8. Update 24/10/2024 - aplikasi Bolt akan di buka setelah hari pelancaran nanti (jangkaan bulan 11 2024). Jika and buka app Bolt sekarang, anda akan nampak seperti gambar di bawah. Ini bermakna anda sudah mendaftar dan tunggu sahaja pelancaran Bolt Malaysia.


Kumpulan sokongan pemandu Bolt

Setelah mendaftar pemadu Bolt, anda di sarankan menyertai kumpulan sokongan pemandu Bolt di facebook untuk berjumpa dengan pemandu Bolt yang lain.




Anda boleh bertanyakan soalan dan juga berkongsi pengalaman anda di sana.



Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan aplikasi ehailing Bolt Malaysia kepada pemandu

Syarat Daftar Driver Bolt Malaysia

Daftar Aplikasi Bolt Online - Dokumen Register Bolt